Thursday, 8 December 2011

PENGENALAN PROGRAM LINUS

PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan tuan tentang pelaksanaan program Literasi dan Numerasi (LINUS) Tahun Satu. Program LINUS merupakan salah satu daripada National Key Result Area (NKRA’s) Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui program ini, kementerian telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.
Program ini dilaksanakan pada tahun 2010, melibatkan murid Tahun Satu di sekolah rendah yang merupakan kohort pertama mengikuti program ini. Semua murid Tahun Satu akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 pada awal tahun untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi mereka. Murid yang dikenal pasti masih belum mencapai kemahiran asas literasi dan numerasi, akan diasingkan daripada murid arus perdana (dalam kumpulan tidak melebihi 30 orang). Mereka akan diajar insentif oleh guru LINUS (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap 1) serta dibantu oleh guru pemulihan khas LINUS dan dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada. Murid yang berjaya dipulihkan melalui program ini, akan meneruskan pembelajaran di aliran perdana.
Pihak Kementerian Pelajaran telah merancang beberapa strategi untuk memastikan program LINUS ini dilaksanakan dengan baik dan tidak membebankan pihak sekolah. Antaranya memberi latihan khusus kepada guru LINUS dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk membantu murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi, menyediakan modul pengajaran dan pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap kebolehan murid, penambahan guru pemulihan khas, melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti, menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian serta menempatkan fasilitator LINUS di setiap Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru bagi memastikan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya.
UJIAN SARINGAN LINUS
*  Ujian saringan dilaksanakan dalam 3 Fasa pelaksanaan iaitu saringan 1, saringan 2 dan  
    saringan 3
* Ianya adalah berbentuk Ujian Lisan dan Ujian bertulis
*  Ujian saringan ini adalah untuk mengenalpasti murid Linus Tegar, Linus dan Arus Perdana.
* Murid dikategorikan sebagai:-
    i.  Linus Tegar (pemulihan) sekiranya tidak menguasai konstruk 1 – konstruk 2. Mereka   
        akan dibimbing sepenuhnya oleh guru pemulihan sehingga konstruk tersebut dikuasai.
    ii. Linus iaitu sekiranya tidak menguasai mana-mana konstruk 3 – konstruk 9 dan akan
        dibimbing oleh guru linus di dalam kelas  yang ditetapkan.
   iii. Arus Perdana iaitu menguasai konstruk 1 - konstruk 10. Mereka akan diletakkan di
        dalam kelas biasa dan mengikuti proses pembelajaran mengikut sukatan atau dokumen
        standard matematik tahun 1.
*  Murid yang tidak berjaya menguasai mana-mana satu daripada kemahiran dalam numerasi  
    Lisan atau numerasi Bertulis, dikategorikan sebagai gagal menguasai asas numersi
*  Murid yang masih tidak melepasi ujian saringan 3, mereka akan menduduki saringan 4 pada
    tahun 2.Mereka akan menduduki ujian hingga mereka melepasi ujian saringan dan
    berjaya ke arus perdana.

No comments:

Post a Comment