Thursday, 8 December 2011

PENGENALAN PROGRAM LINUS

PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan tuan tentang pelaksanaan program Literasi dan Numerasi (LINUS) Tahun Satu. Program LINUS merupakan salah satu daripada National Key Result Area (NKRA’s) Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui program ini, kementerian telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.
Program ini dilaksanakan pada tahun 2010, melibatkan murid Tahun Satu di sekolah rendah yang merupakan kohort pertama mengikuti program ini. Semua murid Tahun Satu akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 pada awal tahun untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi mereka. Murid yang dikenal pasti masih belum mencapai kemahiran asas literasi dan numerasi, akan diasingkan daripada murid arus perdana (dalam kumpulan tidak melebihi 30 orang). Mereka akan diajar insentif oleh guru LINUS (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap 1) serta dibantu oleh guru pemulihan khas LINUS dan dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada. Murid yang berjaya dipulihkan melalui program ini, akan meneruskan pembelajaran di aliran perdana.
Pihak Kementerian Pelajaran telah merancang beberapa strategi untuk memastikan program LINUS ini dilaksanakan dengan baik dan tidak membebankan pihak sekolah. Antaranya memberi latihan khusus kepada guru LINUS dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk membantu murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi, menyediakan modul pengajaran dan pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap kebolehan murid, penambahan guru pemulihan khas, melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti, menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian serta menempatkan fasilitator LINUS di setiap Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru bagi memastikan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya.
UJIAN SARINGAN LINUS
*  Ujian saringan dilaksanakan dalam 3 Fasa pelaksanaan iaitu saringan 1, saringan 2 dan  
    saringan 3
* Ianya adalah berbentuk Ujian Lisan dan Ujian bertulis
*  Ujian saringan ini adalah untuk mengenalpasti murid Linus Tegar, Linus dan Arus Perdana.
* Murid dikategorikan sebagai:-
    i.  Linus Tegar (pemulihan) sekiranya tidak menguasai konstruk 1 – konstruk 2. Mereka   
        akan dibimbing sepenuhnya oleh guru pemulihan sehingga konstruk tersebut dikuasai.
    ii. Linus iaitu sekiranya tidak menguasai mana-mana konstruk 3 – konstruk 9 dan akan
        dibimbing oleh guru linus di dalam kelas  yang ditetapkan.
   iii. Arus Perdana iaitu menguasai konstruk 1 - konstruk 10. Mereka akan diletakkan di
        dalam kelas biasa dan mengikuti proses pembelajaran mengikut sukatan atau dokumen
        standard matematik tahun 1.
*  Murid yang tidak berjaya menguasai mana-mana satu daripada kemahiran dalam numerasi  
    Lisan atau numerasi Bertulis, dikategorikan sebagai gagal menguasai asas numersi
*  Murid yang masih tidak melepasi ujian saringan 3, mereka akan menduduki saringan 4 pada
    tahun 2.Mereka akan menduduki ujian hingga mereka melepasi ujian saringan dan
    berjaya ke arus perdana.

Tokoh Matematik

               AL-KHAWARIZMI                        

LATAR BELAKANG TOKOH

             Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.
            Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M.  Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

PENDIDIKAN

            Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas.  Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.
            Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.  Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.
            Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.  Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.  Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

              Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab.  Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.
GELARAN AL-KHAWARIZMI
               Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism.  Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan.  Negara Perancis pula al-Gorism  muncul sebagai Augryam atau Angrism.  Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.
PERIBADI AL-KHAWARIZMI
             Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat.  Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat.  Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan “pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur....”  Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri.
            Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains’.  Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.


Wednesday, 7 December 2011

Apa itu Matematik ?

Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Ahli Matematik mencari pola, memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik.
Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Pierce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya". Albert Eistein sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti".
Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik logik, matematik berevolusi dari , pengiraan, pembilangan pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan Penemuan Saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini.
Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semulajadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam matematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui.