Monday, 7 November 2011

:: PENGENALAN KEPADA MATEMATIK ::


Di Malaysia dan di seluruh dunia, matematik telah dikenal pasti sebagai satu matapelajaran yang penting dan oleh kerana itu, ia diajar di semua peringkat pendidikan.

Namun, matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, kering,
sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti
bahasa, sastera, latihan fizikal (Aplin dan Saunders,1996; Lee dan Cockman, 1995)dan juga sains (Allchin, 1999; Tan, 1997; Proctor, 1991). Masalah ini didapati berpunca salah satunya, daripada cara pelajar melihat matematik. Matematik dilihat sebagai mata pelajaran yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kehidupan seharian dan ini menyebabkan perbincangan tentang mata pelajaran ini menjadi kaku. Fakta-fakta yang dibincangkan dianggap asing, seolah-olah ia berada di satudunia yang lain.

No comments: